Thursday, September 18, 2008

Program Sarjana Kerja Sosial Perubatan (Master In Medical Social Work)



SARJANA KERJA SOSIAL PERUBATAN

LATARBELAKANG

Perkhidmatan kebajikan telah diperkenalkan di hospital-hospital kerajaan di Malaysia sejak tahun 1952 iaitu beberapa tahun selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan. Sehingga tahun 1991 hanya terdapat 4 orang pegawai Kebajikan Perubatan/Pegawai Kerja Sosial Perubatan di hospital-hospital kerajaan. Mereka ditempatkan di Hospital Besar Kualau Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Ipoh dan Hospital Johor Bharu.

Dengan pertambahan masalah-masalah sosial di negara kebelakangan ini, sumbangan dan peranan Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan menjadi semakin mencabar. Atas kesedaran betapa pentingnya perkhidmatan atau pendekatan rawatan sosial yang dijalankan oleh Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan bidang jawatan ini di Kementerian Malaysia maka telah ditambah kepada 44 orang. Apabila jawatan di klinik kesihatan juga di perlukan di masa hadapan, maka permintaan latihan akan bertambah lagi.

Syarat lantikan bagi jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan ialah Ijazah Sarjan aMUda Kepujian Sains Sosial dengan pengkhususan di mana-mana bidang seperti Sains Politik,Pembanggunan Sosial dan Pentadbiran, Pembangunan Manusia, psikologi / Kaunseling dan Sosiologi.

Dengan kelulusan tersebut di atas seseorang Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan belum lagi mempunyai kemahiran dalam bidang perkhidmatan sosial perubatan ( medical social work ) dan pengalaman hanya diperolehi setelah beberapa lama berkhidmat di bidang ini tanpa pendedahan / pembelajaran yang berstruktur. Pembelajaran yang berstruktur bagi bidang perkhidmatan sosial perubatan ialah sangat perlu bagi Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan kerana pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai gejala / masalah sosial di hospital akan dirujuk kepada pegawai ini unutk tindakan wajar.

Memandangkan peranan Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah seiring dan sama penting dengan kakitangan perubatan lain dalam penjagaan / perawatan pesakit di hospital-hospital maka Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan perlu diberi latihan atau kurss setaraf dengan kepesatan kemajuan dan kemodenan bidang perubatan. Kursus Pegawai Kebajikan Perubatan / Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan membolehkan pegawai kebajikan perubatan berfungsi di tahap optima serta dilengkapi dengan pengetahuan dan kepakaran yang khusus di bidang ini.

Apabila pegawai kebajikan perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang perkhidmatan kebajikan perubatan ia boleh membawa kepada perkembangan perkhidmatan kebajikan perubatan dan akan meningkatkan aspek sosial perubatan dalam skop penjagaan kesihatan rakyat. Di samping itu ia juga boleh memelihara kepentingan imej professional kebajikan perubatan.

TUJUAN PROGRAM.

Membuka peluang kepada graduan dari pelbagai bidang pengajian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perkhidmatan kerja sosial ke peringkat Ijazah Kerja Sosial Perubatan.
Menambahkan bidang graduan dalam bidang perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan bagi menangani masalah sosial yang meningkat di kalangan pesakit di hospital atau di persekitaran luar dan klinik.
Memenuhi keperluan profesional Kerja Sosial Perubatan yang berkualiti, sesuai dengan keperluan negara Malaysia yang sedang menuju ke arah status negara maju.
Mengeluarkan professional Kerja Sosial Perubatan yang kompeten dalam kesihatan masyarakat serta dapat membawa masyarakat dan negara ke arah yang lebih berwawasan. Mengeluarkan Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang bertauliah di peringkat Sarjana.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

Calon yang ingin memohon mengikuti Program Siswazah ini mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut :
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains atau sains sosial / pengajian islam dengan pengkhususan dalam mana-mana bidang seperti sains politik, Pembangunan dan Pentadbiran Ekonomi, Pembangunan Sosial, Pembangunan Manusia, Psikologi / Kaunseling dan Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf senat.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang-borang yang telah ditetapkan dan disampaikan kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen akademik. Setiap permohonan hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Siswazah Fakulti Perubatan. Keputusannya hendaklah disampaikan kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah untuk tindakan selanjutnya.

Pelajar yang telah diterima masuk tetapi belum mendaftar boleh memilih untuk menangguhkan rancangan pengajiannya selama tidak kurang daripada satu semester dengan membuat permohonan secara bertulis kepada Dekan Pusat Pengajian Siswazah.


STRUKTUR KURUKULUM

Jenis Pengajian

Kursus

Semua pelatih dikehendaki lulus keempat-empat semester untuk layak dikurniakan Ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan. Semester 1 dan 2 adalah dalam bentuk kursus sepenuh masa eksekutif di Fakulti Perubatan UKM. Pelatih hendaklah lulus semua kursus yang terdiri sekurang-kurangnya dari 24 kredit.

Posting Hospital

Semester 1,2,3 dan 4 adalah untuk penempatan di hospital-hospital untuk mengikuti pengalaman terancang. Mereka belajar melalui pengalaman dan dengan melakukannya sendiri. Tiap-tiap pelatih dikehendaki bekerja sambil belajar di hospital-hospital. Pengajaran akan dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah dari HUKM, Pegawai Sosial Perubatan dan Pakar-pakar Klinikal dari hospital berkenaan dalam bentuk pembentangan kes, tugasan, bengkel berkala dan juga pendidikan jarak jauh. Mengikuti amali di hospital dan lulus dalam semua tugasan salah satu pra-syarat untuk pelajar-pelajar mendapat ijazah sarjana.

Penempatan Elektif ( FK 7484 )

Di semester 4 pelatih-pelatih akan melalui program elektif di mana mereka boleh memilih melakukan penempatan di jabatan – jabatan klinikal atau institusi yang mempunyai kerja sosial seperti rumah orang tua, institusi kanak-kanak cacat, pusat-pusat rehabilitasi, di wad neurologi, wad spastik dan sebagainya. Penempatan ini perlu dibincangkan tentang kesesuaian dan keperluan pelatih serta dipersetujui oleh penyelia akademik pelatih. Penilaian akan dilakukan bersama oleh penyelia akademik pelatih dan Ketua Jabatan /Unit/bahagian yang ditempatkan. Penilaian adalah dalam bentuk berterusan dan penulisan satu laporan akhir. Program elektif ini adalah sebagai satu prasyarat dan wajib lulus sebelum pelatih dianugerahkan ijazah sarjana.

Projek Penyelidikan (FK 7496)

Pelatih juga dikehendaki melakukan satu projek kajian dan menulis satu laporan yang bermula dari semester 1 hingga semester 4 dari segi perancangan proposal, perlaksanaan, penulisan dan penilaian di akhir semester 4. Projek ini bernilai 6 kredit.


KERJA KURSUS

Pendaftaran Wajib

Pendaftaran wajib bermaksud pendaftaran kursus-kursus yang dperlukan untuk mendapat ijazah. Pendaftaran wajib adalah terdiri daripada kursus wajib yang ditetapkan.

Kursus-kursus teras/wajib adalah :-
FK 7312 Metodologi Penyelidikan untuk Kerja Sosial Perubatan.

FK 7322 Pembangunan Komputer & Statistik dalam Kerja Sosial Perubatan
FK 7332 Asas Sains Perubatan & Kesihatan Masyarakat dalam Kerja Sosial Perubatan
FK 7342 Teori Psikologi
FK 7352 Pembangunan Keluarga dan Kesihatan dalam Kerja Sosial Perubatan
FK 7382 Prinsip, Piawaian dan Etika Kerja Sosial
FK 7392 Pengurusan Kerja Sosial Perubatan
FK 7412 Sosiologi dan Antropologi
Perubatan dalam Kerja Sosial Perubatan
FK 7422 Pengurusan Perubahan
Tingkahlaku
FK 7442 Pengurusan komunikasi Perubatan
dan Kesihatan

Posting Hospital:-
FK 7372 Posting Hospital di Semester 1
FK 7452 Posting Hospital di Semester 11
FK 7462 Posting Hospital di Semester 111
FK 7472 Posting Hospital di Semester 1v

Projek :-
FK 7496 Projek

Penempatan Elektif:-
FK 7484 Penempatan Elektif


OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Objektif pembelajaran secara amnya ialah bertujuan agar mereka dapat:
1. Memberikan perkhidmatan kebajikan dan sosial yang cekap, jujur dan berkesan dalam rawatan dan pemulihan yang komprehensif kepada pesakit-pesakit.

2. Membantu memulihkan semula pesakit khususnya di bidang psikososial agar mereka
dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang produktif dan berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.

Objektif pembelajaran secara khususnya ialah seterusnya mereka mampu berperanan seperti berikut :-

1) Berperanan sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Menyiasat, menilai dan mengendalikan kes atau pesakit dengan masalah-masalah dan keperluan-keperluan yang timbul, di peringkat individu, keluarga kelompok sosial dan dalam masyarakat.
Memberi perkhidmatan bantuan moral dan material secara terus, secara rujukan dan secara networking.
Melakukan kaunseling terhadap individu, kelompok dan keluarga yang berada dalam masyarakat.
Lawatan ke rumah atau ke intitusi dan memberi laporan kes yang lengkap
Memahami dimensi mikro (individu + keluarga ) juga makro ( masyarakat, kebangsaan da global ) berkaitan dengan teori dan amalan kerja social

2) Sebagai pegawai pengantaraan “ Liasion Officer”

Berperanan sebagai pegawai pengantara bagi pihak hospital dengan agensi-agensi lain di luar hospital seperti:
Agensi-agensi kerajaan contohnya: Jabatan Keajikan Masyarakat, sekolah, pejabat agama, biro Bantuan Guaman, Jabata Penjara, Unit Rawatan Dadah, kementerian dalam Negeri dan lain-lain.
Badan-badan sukarela seperti day care centre, half way house ( bagi kes-kes dadah dan alcohol ), Malaysian care, WAO dan lain-lain

3) Sebagai Pegawai Penerangan
· Bagi menjelaskan latarbelakang sosial pesakit dan memberi maklumat tentang
sosioekonomi pesakit kepada pasukan perubatan.
· Menerangkan implikasi keadaan pesakit kepada keluarga dan mereka yang
Mempunyai hubungkait dengannya.
· Memberikan kefahaman yang jelas tentang “compliance” atau keperluan
Mengambil ubat-ubat dan perawaan-perawatan lain sebagaimana yang
diperlukan oleh pesakit.

4) Sebagai Penceramah

  • Memberikan ceramah dan malumat-maklumat yang diperlukan tentang peranan
    Pegawai Kebajikan Hospital kepada Jururawat pelatih dan para kakitangan
    perubatan

Menyelia penuntut-penuntut kursus sains sosial dari universiti-universiti tempatan (seperti Universiti Sains Malaysia ) yang menjalani latihan amali di hospital-hospital.

STRUKTUR KURSUS

Semester / Fasa 1

Kursus

Teori 6 kursus ( 12 kredit ):-
1). FK 7312 Metodologi Penyelidikan untuk Kerja Sosial Perubatan
- JKM*

2). FK 7322 Penggunaan Komputer dan Statistik dalam Kerja social Perubatan
- JKP*

3). FK 7332 Asas Sains Perubatan dan Kesihatan Masyarakat dalam Kerja Sosial
Perubatan-
- JKM*

4). FK 7342 Teori Psikologi
- JP*

5). FK 7352 Pembangunan Keluarga dan Kesihatan dalam Kerja Sosial Perubatan - - JKM*

6). FK 7362 Perundangan Sosial berkaitan Kerja Sosial Perubatan
- JKS*


Amali Hospital

7). FK 7372 Posting Hospital di Semester 1


Semester / Fasa 2

Teori 6 kursus ( 12 kredit )
1). FK 7382 Prinsip, Piawaian dan Etika Kerja Sosial
- JAS*

2). FK 7392 Pengurusan Kerja Sosial
- JAS*

3). FK 7412 Sosiologi dan Antropologi Perubatan dalam Kerja Sosial Perubatan
- JAS*

4). FK 7422 Teknik Kaunseling dan Konsultasi Mental
- JP*

5). FK 7432 Pengurusan Perubahan Tingkahlaku
- JP*

6). FK 7442 Pengurusan Komunikasi Perubatan dan Kesihatan
- JK*


Amali Hospital

FK 7452 – Posting Hospital di Semester II

* JKM - Jabatan Kesihatan Masyarakat, UKM
* JP - Jabatan Psikologi, UKM
* JAS - Jabatan Antropologi & Sosiologi, UKM
* JK - Jabatan komunikasi, UKM


Semester 1 hingga 4
FK 7372 Posting Hospital di Semester I ( Tahun 1 )
FK 7452 Posting Hospital di Semester II ( Tahun 1 )
FK 7462 Posting Hospital di Semester III ( Tahun 2 )
FK 7472 Posting Hospital di Semester IV ( Tahun 2 )

Pelatih-pelatih akan ditempatkan di hospital-hospital yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Pada semester/fasa 1 dan 2 pelatih-pelatih akan didedahkan kepada kerja-kerja rutin yang biasa dilakukan oleh seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan hospital. Satu buku log akan disediakan untuk memberi panduan dari segi aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan pada setiap latihan. Pelatih-pelatih akan diselia oleh Pagawai Kerja Sosial Perubatan atau/ dan pakar klinikal hospital yang ada di hospital yang diiktiraf oleh UKM untuk tempat latihan.

Pada semester/fasa 3 dan 4 pelatih-pelatih akan ditempatkan di jabatan-jabatan berikut selama 6 bulan ( 2 kali pusingan ) :
· Perubatan - 8 minggu
· Pediatrik - 4 minggu
· Obgyn - 4 minggu
· Surgeri dan Orthopedik - 4 minggu
· Psikiatri dan Perkhidmatan Kesihatan Masyarakat - 4 minggu

Mereka akan disediakan satu buku log khusus tentang tugas mereka semasa berada di jabatan-jabatan tersebut. Pakar klinikal dan Pegawai Kerja Sosial Perubatan di hospital di mana tempat latihan diadakan, akan menjadi penyelia mereka dari segi mempastikan bahawa objektif dan tugasan-tugasan mereka berjalan dengan lancar dan berjaya.

Untuk tiap-tiap posting jabatan, tugasan merangkumi kerja-kerja klinikal, lawatan ke rumah, pembentangan kes yang ada masalah sosial dan seterusnya melakukan rawatan komprehensif. Seterusnya para pelajar perlu melakukan pembentangan kes dan rawatan di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan HUKM ( 2 bulan sekali ) di mana perlu ada sekurang-kurangnya satu pensyarah daripada bidang klinikal seperti Jabatan Kesihatan Masyarakat dan juga bidang-bidang lain jika diperlukan yang terlibat untuk mempastikan pendedahan kepada aspek-aspek klinikal yang relevan.

Di samping itu, mereka juga perlu melibatkan diri dengan program/ projek yang bersifat complementary terhadap perkhidmatan untuk pesakit, keluarga atau komuniti tempatan ( sekurangnya/ minimum satu ). Contohnya program Sahabat di HUKM, kumpulan Sokongan Pesakit Eksema, Kumpulan Sokongan Pesakit Kanser dan lain-lain. Penglibatan ini perlu dibentangkan kepada ahli-ahli fakulti pengajar untuk dilakukan bimbingan dan diberikan input relevan.


Semester / Fasa 4 ( 4 kredit )
FK 7484 Penempatan Elektif

Sebahagian daripada semester/fasa 4 iaitu pada 3 bulan pertama, pelatih akan ditempatkan kepada penempatan elektif. Pelatih dengan bimbingan penyelia akademik akan melakukan amali klinikal yang lebih terperinci yang difikirkan perlu oleh pelatih-pelatih mengikut minat dan pengkhususan mereka. Contohnya ada pelatih-pelatih yang ingin melanjutkan kepakaran sosial perubatan sama ada dalam bidang kajisaraf,mental dan sebagainya. Ataupun jika pelatih berminat untuk mengkaji organisasi di institusi klinikal yang berorientasikan kumpulan sasaran khusus seperti kanak-kanak cacat, warga tua atau remaja, maka penempatan elektif akan dilakukan di perkhidmatan tersebut. Penyeliaan akan dilakukan oleh pembimbing akademik dengan dibantu oleh ketua-ketua atau pengarah institusi atau jabatan berkenaan. Di akhir penempatan elektif tersebut, pelatih-pelatih dikehendaki menyiapkan sati laporan ringkas.


Semester / Fasa 4 ( 6 kredit )
FK 7496 Projek Penyelidikan

Tiap-tiap pelatih diwajibkan melakukan satu projek yang berkaitan dengan kerja sosial perubatan. Pelatih dikehendaki melakukan proposal, implementasi dan seterusnya menganalisis data yang dipungut dan menulis satu laporan projek. Jumlah nilai kredit untuk projek ialah 6 kredit. Laporan projek adalah mengikut gaya penulisan UKM. Penyelia akademik pelatih akan membimbing dalam penyediaan proposal, perlaksanaan, analisis data dan penulisan.

Dalam semester/fasa 1 pelatih dikehendaki menyiapkan proposal projek dan seterusnya mengimplementasikan projek itu dalam semester /fasa 2. Sementara dalam semester/fasa 3 dan 4 tumpuan adalah pada penganalisaan data dan menulis laporan projek. Penilaian laporan projek akan dilakukan pada akhir pengajiaan ( hujung semester 4 ) dalam bentuk pembentangan dan lisan. Penulisan laporan adalah tidak lebih dari 10,000 perkataan.


BEBAN TUGAS

1). Posting hospital sebagai pendedahan/ latihan kerja sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan di hospital yang ditempatkan sepanjang tahun pengajian (semeser/fasa ,2,3,4) dari mula mendaftar.
2). Kerja kursus semester/fasa 1 dan 2 serta lulus dalam semua kursus.
3). Posting hospital khusus semester/fasa 3 dan 4 dan penempatan elektif fasa 4
4). Sekurang-kurangnya 12 tugasan klinikal daripada 6 posting klinikal ( semester 3
dan 4 )
5). Lulus dalam kerja-kerja seperti disenaraikan dalam buku log untuk tiap-tiap
posting sebagaimana yang disahkan oleh penyelia lapangan dari hospital tempat l
latihan ( Semester/Fasa 1 hingga 4 )
6). Lawatan-lawatan ke agensi-agensi yang berkaitan denagn kerja sosial dan
pemulihan seperti SHELTER, Rumah Orang Tua, LPPKN, lain-lain (
semester/fasa 1,2,3 )
7). Satu laporan penempatan elektif ( semester/fasa 4 )
8). Satu laporan projek, disertasi ( Semester/Fasa 1 hingga 4 )
9.) Penglibatan diri dalam projek di hospital diikuti dengan pembentangan dan laporan.
10).Pembentangan kes
11).Kritikan jurnal di semester 3 dan 4

PENILAIAN

1. Untuk kursus-kursus 24 kredit yang diberikan pada semester 1 dan 2, penilaian
adalah dalam bentuk penilaian berterusan dan peperiksaan akhir. Markah dan gred
adalah menurut jadual berikut:



Gred Peratus Status
A 80 ke atas Cemerlang
A- 70-79 Sangat baik
B 60-69 Baik
C 50-59 Lulus
D Bawah 50 Gagal
E 0 Tidak ambil peperiksaan


2. Untuk Posting Hospital dalam Semester 1 hingga 4.

Penilaian dalam bentuk penilaian berterusan, tugasan dan buku log dan penilaian professional oleh penyelia hospital. Keputusan penilaian adalah berasakan lulus/gagal. Peratus kelulusan ialah 50%.
Pelajar yang gagal mana-mana mata pelajaran diberikan status lulus bersyarat. Pelajar perlu mengulangi kursus yang gagal itu pada semester berikut dan wajib lulus.


3. Semester 4

Penempatan elektif dengan penilaian berterusan dan laporan penempatan elektif.
- Lulus / gagal ( 4 kredit )

4. Peperiksaan projek

Peperiksaan projek terdiri daripada dua komponen iaitu peperiksaan dan laporan projek dan peperiksaan lisan projek. Pecahan markahnya adalah:

a) Laporan penulisan 60%
b) Viva 40%


PENGURNIAAN IJAZAH



Pemberian markah dan gred adalah menurut pemarkahan kerja kursus.

Ijazah sarjana boleh dianugerahkan kepada pelatih yang telah :

1. memenuhi semua kehendak Akta Pengajian Siswazah
2. memenuhi semua kehendak Jadual kepada Akta Pengajian Siswazah ini.
3. diperakui supaya diberi ijazah berkenaan oleh Lembaga Pemeriksa siswazah dan
diluluskan oleh senat.
4. menjelaskan segala bayaran yang telah ditetapkan.


PEMBERITAHUAN PELATIH

Seseorang pelatih yang mengikuti Program Pengajian Siswazah boleh diberhentikan
dengan persetujuan senat pada bila – bila masa jika kemajuan pelatih tidak memuaskan.



UMUM

1. Senat berhak mengambil sesuatu tindakan yang wajar jika seseorang pelatih itu
didapati memberi maklumat yang tidak benar berkenaan pencalonannya.
2. Senat boleh membenarkan sebarang pengecualian yang difikirkan sesuai daripada
kehendak-kehendak jadual ini.
3. Setiap permohonan dan rayuan yann berkaitan dengan Akta dan jadual ini daripada
pelatih yang berdaftar hendaklah dikemukakan kepada Dekan Pusat Pengajian
Siswazah melalui penyelia atau penasihat akademik pelatih. Dekan PPS akan
merujuk permohonan atau rayuan tersebut kepada Jawatankuasa Pengajian Siswazah
Fakulti Perubatan untuk mendapatkan pandangan atau perakuan yang akan
disampaikan kepada Dekan PPS melalui Dekan Fakulti Perubatan. Jika perlu, Dekan
PPS akan merujukkan keputusan tersebut kepada senat untuk mendapatkan kelulusan
atau pengesahan sebelum di maklum kepada pelatih.

PERANAN PAKAR KLINIKAL

Pakar- pakar Klinikal seperti Pakar Pediatrik, Psikiatrik, Perubatan dan lain akan terlibat dengan latihan kepada calon Pegawai Kerja Sosial semasa calon Pegawai Kerja Sosial Perubatan ditempatkan di jabatan masing-masing. Objektif pembelajaran ialah agar pelajar Pegawai Kerja Sosial Perubatan didedahkan kepada kes-kes yang biasa diwad dan di klinik dan mendapat asas tentang kaedah diagnosa & rawatan pesakit klinikal sebagai satu asas pada rawatan sosial dan sebagainya. Selain itu, memastikan juga agar mereka faham kaitan antara aspek sosial pesakit dengan aspek klinikal dan rawatannya.

Mereka akan memberikan tunjuk ajar calon-calon Pegawai Kerja Sosial Perubatan bersama-sama dengan pelajar-pelajar klinikal lain yang juga sedang menjalani latihan dari segi pendedahan kepada kes-kes klinikal yang biasa terdapat di wad atau di pesakit luar. Contohnya calon-calon Pegawai Kerja Sosial Perubatan dikehendaki mengikuti sekurang-kurangnya satu “Ward round” dalam seminggu yang dijalankan di wad secara rutin. Dianggarkan pengajaran/penyeliaan pakar klinikal terhadap calon Pegawai Kerja Sosial Perubatan ialah satu jam semiggu (contact time).

Selain darpada itu, mereka juga dikehendaki menghadiri kelas-kelas pembentangan sesi klinikal yang diadakan secara berkala seperti CPC (Clinical Case Conference) bersama-sama dengan Pegawai Kebajikan Hospital berkenaan. Diharapkan pakar-pakar klinikal adalah terlibat dengan penilaian tugasan calon SKSP seperti yang terdapat dalam buku log mereka.


PENYELIAAN CALON PEGAWAI KERJA SOSIAL PERUBATAN ( PKSP)

· Setiap calon PKSP akan diberi 1 penyelia akademik dan 2 orang penyelia di hospital. Penyelia akademik terdiri daripada penyelia utama dan penyelia bersama dari Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Jabatan Psikologi dan Jabatan Komunikasi bergantung kepada kecenderungan tajuk-tajuk tesis yang dipilih oleh calon. Penyelia di hospital pula terdiri daripada seorang pakar klinikal dan seorang pegawai kebajikan hospital di hospital yang ditempatkan.
Penyelia akademik akan mengawasi dari segi pembelajaran akademik pada semester 1 & 2 serta penyeliaan projek dari semester 1- semester 4. Manakala penyelia klinikal pula akan mengawasi dari segi pembelajaran amali klinikal semasa di semester 1 & 2 dan pembelajaran amali klinikal khusus pada semester 3.

3 comments:

Zaman Ali said...

Alhamdulillah banyak info yang berguna daripada Blog en. Harol nih...bleh lah kiter share info psal Sarjana nih yer En. Harol...Harap-harap En. Harol sudi membantu....

Unknown said...

Alhamdulillah..pengisian yg trbaik..sy plajar ijzah srjana muda bidang antropologi dn sosiologi..brharap sgt bole k e peringkat spt ni.. :)

ryen said...

info yg sangat bguna..nk tnya,biasanya bila pengambilannya bmula..saya lepasan ijazah dlm bidang kerja sosial..