Monday, September 22, 2008

Majlis Penyampaian Sumbangan Di JKSP, PPUKM



Antara pesakit yang menerima bantuan sempena Ramadhan tahun ini.

Pada 22hb September 2008, saya telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, gula, tepung dan sebagainya kepada pesakit miskin yang mendapat bantuan daripada Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PPUKM. Barangan am ini telah disumbangkan oleh Pengerusi Pusat Jagaan Insan Istemewa, Kajang iaitu En. Kumar. Seramai lebih kurang 30 pesakit telah menerima sumbangan ini. Sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Kumar dengan disaksikan Pn. Suraiyah Harun, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PPUKM. Sekarang saya tengah posting di JKSP, PPUKM khusus di jabatan Psikiatrik bermula 22 September hingga 26 Oktober 2008 selama 5 minggu.

No comments: