Saturday, August 22, 2009

Convocation Master Medical Social Work






Pada 15hb Ogos 2009, saya secara sahnya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan yang telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia. pada majlis ini Pro Canselor, UKM Yang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid telah berkenan menyampaikan penganugerahan ini pada sidang 2, jam 1.30 petang.

Pada majlis ini saya berkesempatan berjumpa semula dengan rakan-rakan seperjuangan yang telah bertungkus lumus selama 2 tahun dalam memastikan kejayaan memperolehi ijazah sarjana ini.


Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Kerja Sosial Perubatan (Master Medical Social Work) iaitu:-

1. Maisarah bt Hamdan
2. Zurainathul Irwani bt Ismail
3. Ahmad Fadhlinoor bin Marican
4. Munawarah Bt Ilias

Tahniah juga kepada rakan-rakan yang telah memperoleh Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat terutamanya kepada :-

1. Dr. Abd Razak
2. Khairol
3. Malini dan
4. Pei Ting

Semoga maju jaya.





Friday, June 12, 2009

Factors Influencing The Quality Of Life Among Elderly Receiving Primary Health Care Services In Hulu Langat District, Selangor

Harolhanam Mohamed Wahid, Rahmah Mohd Amin

ABSTRACT

Quality of life is an individual perception regarding their life status in the contact of their local cultural and value system with regard to their vision. Quality of life has two main domain components. They are physical and mental component. A cross-sectional study was carried out to examine factors influencing the quality of life among the elderly between 60 years old and above. A number of 115 respondents were recruited from all seven health clinics in the district using universal sampling. The factors studied were socio-demographic characteristics, perception towards family’s social support, perception towards friend’s social support, present and absence of depression and satisfaction towards elderly health services. Descriptive analysis, t-test, correlation and linear regression were used to analyze the data. With regards to physical component of quality of life, age, gender, education and income were found to have significant difference whilst only race showed a significant difference toward mental component. Correlation analysis showed a significant association between perception towards family’s social support, perception towards friend’s social support, and depression with physical component of quality of life. However only depression showed a significant correlation with mental component of quality of life. On further analysis using linear regression it was found that only depression gave significant value (p<0.05), and this factor contributed only 13.2 percent of the variables in physical component and 35.6 percent of the variables in mental component. As the conclusion , findings from this study suggested that mental health status of the older person being studied does contribute to their quality of life. This is further challenged with poor perception of family as well as friend social support. Hence all health staff need to be aware of the multifactor associated with quality of life among elderly.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kualiti Hidup Warga Tua Yang Menerima Rawatan Kesihatan Primer Di Daerah Hulu Langat, Selangor

Harolhanam Mohamed Wahid, Rahmah Mohd Amin

ABSTRAK


Kualiti hidup adalah persepsi individu mengenai status hidup mereka dari konteks budaya dan sistem nilai di mana mereka tinggal yang berkaitan dengan matlamat, harapan dan keprihatinan diri mereka. Kualiti hidup terbahagi kepada dua komponen utama iaitu komponen fizikal dan komponen mental. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hidup di kalangan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas. Seramai 115 orang responden telah diambil dari tujuh buah klinik dalam daerah Hulu Langat, Selangor secara persampelan universal. Faktor-faktor yang dikaji adalah latar belakang sosiodemografi, persepsi sokongan sosial keluarga, persepsi sokongan sosial rakan, kemurungan dan kepuasan terhadap perkhidmatan kesihatan warga tua. Analisis secara deskriptif, ujian t, korelasi dan linear regresi telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil ujian ke atas komponen fizikal kualiti hidup mendapati umur, jantina, pendidikan dan pendapatan didapati mempunyai perbezaan yang signifikan manakala hanya faktor bangsa sahaja dapat dilihat mempunyai perbezaan yang signifikan pada komponen mental kualiti hidup. Analisa menggunakan ujian korelasi menunjukkan perhubungan yang signifikan di antara persepsi sokongan sosial keluarga, persepsi sokongan sosial rakan dan kemurungan di kalangan warga tua dengan komponen fizikal kualiti hidup. Bagaimanapun hanya kemurungan di kalangan warga tua menunjukkan hubungan yang signifikan dengan komponen mental kualiti hidup. Analisa lanjut menggunakan ujian regresi linear mendapati bahawa hanya kemurungan memberikan nilai yang signifikan (P=0.004), dan faktor ini menyumbang sebanyak 13.2 peratus dalam komponen fizikal kualiti hidup dan 35.6 peratus dalam komponen mental kualiti hidup ke atas pemboleh ubah yang dikaji. Sebagai kesimpulan, penemuan dari kajian ini mendapati bahawa status kesihatan mental adalah penyumbang utama kepada tahap kualiti hidup warga tua yang dikaji. Keadaan ini dikuatkan lagi oleh rendahnya persepsi sokongan sosial keluarga dan juga rakan-rakan yang diterima oleh warga tua. Oleh yang demikian semua anggota kesihatan perlu mengambil perhatian mengenai pelbagai faktor yang punyai hubungan dengan kualiti hidup warga tua.

Friday, May 29, 2009

Seminar Warga Emas







Pada 30 Mei 2009 saya telah menghadiri Seminar Warga Emas yang telah diadakan di Hospital Kajang. Pada seminar ini saya telah membentang satu tajuk ceramah berkenaan penyelidikan saya berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi Kualiti Hidup Warga Tua yang menerima rawatan kesihatan primer di Daerah Hulu Langat Selangor. Saya juga telah menjadi ahli panel dialog bersama tiga orang panel yang terdiri daripada Ustaz Fauzi Mustaffa, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Kajang dan En. Mohiadin Bahado selaku pengerusi dialog.Sempena majlis ini Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) telah menyampaikan sumbangan berbentuk Mock Cheque berjumlah RM36,000 kepada Hospital Kajang yang telah disampaikan oleh saya sendiri selaku Bendahari TKPM kepada wakil Pengarah Hospital Kajang.

Thursday, May 28, 2009

Jamuan Perpisahan Bersama Pensyarah







Jamuan ini diadakan sempena tamatnya pengajian Master Sarjana Kerja Sosial Perubatan di PPUKM.Jamuan telah diadakan di Restoran Nelayan, Tasek Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 28hb Mei 2009 jam 12.30 tgh hingga 2.30 ptg. Sebagai menghargai jasa para pensyarah dan kakitangan Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM saya telah menyampaikan cendermata kepada Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat iaitu Prof. Dr. Noor Hashim. Terima kasih kepada semua pensyarah terutama penyelia saya Dr. Rahmah dan Pn. Hazlina serta rakan-rakan Fadhli dan Munawarah yang sama-sama membantu kejayaan saya sepanjang mengikuti Kursus Master (Sarjana Kerja Sosial Perubatan)

Saturday, May 23, 2009

Lawatan Ke Homestay Tg Piai


Lawatan ke Homestay Kampung Tanjung Piai diadakan pada 23hb Mei 2009 sebagai satu aktiviti peserta persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan bertujuan mengenali aktiviti masyarakat setempat terutamanya budaya Masyarakat Bugis di Kg. Tg. Piai. Semasa aktiviti ini peserta telah dihidangkan dengan masakan tradisional masyarakat Bugis iaitu "Burasak" sambil disajikan dengan tarian kebudayaan masyarakat Bugis.


Friday, May 22, 2009

Perasmian Persidangan Pegawai kerja Sosial Perubatan Kali Ke 13

Dipetik dari Utusan Malaysia 22 Mei 2009

Keperluan Pegawai Kerja Sosial Diberi Perhatian

JOHOR BAHRU 22 Mei - Kementerian Kesihatan akan berusaha memenuhi segala keperluan pegawai kerja sosial perubatan agar perkhidmatan yang diberi berjalan lancar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, antara masalah yang diberi perhatian utama kementerian ialah isu kekurangan pegawai, bidang tugas dan skop yang semakin bertambah.
Menurutnya, kementerian sedar pegawai kerja sosial perubatan memainkan peranan penting bagi membantu para pesakit menyesuaikan diri dengan keadaan baru akibat penyakit yang dialami.
"Profesion pegawai kerja sosial perubatan sedang mengalami perkembangan positif dan kini kira-kira 200 pegawai yang bekerja di beberapa buah hospital.
"Ini menggambarkan bahawa profesion itu turut membantu kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Ke-13 di sini hari ini.
Rosnah yang turut melancarkan buku garis panduan laporan sosio ekonomi perkhidmatan kerja sosial perubatan berkata, sejajar dengan itu pegawai kerja sosial perubatan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.
Katanya, peningkatan ilmu serta kemahiran dalam membuat penilaian sosio ekonomi di kalangan pegawai kerja sosial perlu bagi menangani masalah sosial yang dihadapi pesakit.
"Kemahiran ini penting bagi memastikan pesakit yang dirujuk mendapat perkhidmatan sewajarnya. Lagi pun akhir-akhir ini kos perubatan semakin meningkat ekoran krisis ekonomi global," katanya.
Katanya, pegawai kerja sosial bukan saja membantu pesakit miskin, malah turut membantu kementerian mengurangkan kos bantuan pesakit dengan menjana dana menerusi pelbagai aktiviti.
Pada majlis itu Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Batu Pahat menyerahkan sumbangan hasil keuntungan daripada kedai runcit yang terdapat di hospital masing-masing.


Perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan



Friday, May 15, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Mahkamah Jalan Duta

Pada 4 Mac 2009 jam 9.00 pagi saya dan pelajar-pelajar Sarjana Kerja Sosial Perubatan Tahun 2 dan Tahun 1 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan dipandu oleh pensyarah kursus perundangan sosial iaitu Prof. Madya Zaidah. Semasa program ini kami berpeluang megikuti perbicaraan di Mahkamah Majistret berkaitan kes-kes jenayah sivil.

Thursday, May 14, 2009

Continous Medical Social Work Education di JKSP PPUKM

Pada 14hb Mei 2009 jam 2.30 petang saya telah menghadiri Program Continous Medical Social Work Education di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada sesi kali ini En Syamsul, PKSP telah membentangkan kes yang mengidap penyakin Hodgkin Lympoma yang dirujuk ke JKSP untuk bantuan sosial. Pada program ini, majlis perpisahan telah diadakan kepada saya dan Munawarah sempena tamatnya latihan posting saya di JKSP, PPUKM. Sekalung penghargaan kepada Pn. Suraiyah Harun dan semua PKSP yang telah membantu saya selama ini semasa saya posting di JKSP, PPUKM.




Sunday, April 26, 2009

Lawatan Ke Rumah Kebajikan PERKID, Hulu Langat, Selangor



Pada 13 April 2009, saya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Rumah Kebajikan Perkid, Hulu Langat Selangor bersama Pn. Suraiyah bte Harun, Pn. Azura Abd majid, Fadhli dan Munawarah. Lawatan saya disambut oleh Ustaz Masridzi bin Sat, Pengerusi PERKID. Rumah Kebajikan ini adalah sebuah pusat perlindungan kepada wanita yang terlibat dalam gejala sosial seperti mengandung luar nikah, lari dari rumah, murtad dan sebagainya. Objektif utama pusat ini adalah untuk memulihkan penyakit iman yang dialami oleh umat Islam supaya mereka kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.