Friday, May 29, 2009

Seminar Warga Emas







Pada 30 Mei 2009 saya telah menghadiri Seminar Warga Emas yang telah diadakan di Hospital Kajang. Pada seminar ini saya telah membentang satu tajuk ceramah berkenaan penyelidikan saya berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi Kualiti Hidup Warga Tua yang menerima rawatan kesihatan primer di Daerah Hulu Langat Selangor. Saya juga telah menjadi ahli panel dialog bersama tiga orang panel yang terdiri daripada Ustaz Fauzi Mustaffa, Pengerusi Persatuan Pesara Kerajaan Kajang dan En. Mohiadin Bahado selaku pengerusi dialog.Sempena majlis ini Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) telah menyampaikan sumbangan berbentuk Mock Cheque berjumlah RM36,000 kepada Hospital Kajang yang telah disampaikan oleh saya sendiri selaku Bendahari TKPM kepada wakil Pengarah Hospital Kajang.

Thursday, May 28, 2009

Jamuan Perpisahan Bersama Pensyarah







Jamuan ini diadakan sempena tamatnya pengajian Master Sarjana Kerja Sosial Perubatan di PPUKM.Jamuan telah diadakan di Restoran Nelayan, Tasek Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 28hb Mei 2009 jam 12.30 tgh hingga 2.30 ptg. Sebagai menghargai jasa para pensyarah dan kakitangan Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM saya telah menyampaikan cendermata kepada Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat iaitu Prof. Dr. Noor Hashim. Terima kasih kepada semua pensyarah terutama penyelia saya Dr. Rahmah dan Pn. Hazlina serta rakan-rakan Fadhli dan Munawarah yang sama-sama membantu kejayaan saya sepanjang mengikuti Kursus Master (Sarjana Kerja Sosial Perubatan)

Saturday, May 23, 2009

Lawatan Ke Homestay Tg Piai


Lawatan ke Homestay Kampung Tanjung Piai diadakan pada 23hb Mei 2009 sebagai satu aktiviti peserta persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan bertujuan mengenali aktiviti masyarakat setempat terutamanya budaya Masyarakat Bugis di Kg. Tg. Piai. Semasa aktiviti ini peserta telah dihidangkan dengan masakan tradisional masyarakat Bugis iaitu "Burasak" sambil disajikan dengan tarian kebudayaan masyarakat Bugis.


Friday, May 22, 2009

Perasmian Persidangan Pegawai kerja Sosial Perubatan Kali Ke 13

Dipetik dari Utusan Malaysia 22 Mei 2009

Keperluan Pegawai Kerja Sosial Diberi Perhatian

JOHOR BAHRU 22 Mei - Kementerian Kesihatan akan berusaha memenuhi segala keperluan pegawai kerja sosial perubatan agar perkhidmatan yang diberi berjalan lancar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, antara masalah yang diberi perhatian utama kementerian ialah isu kekurangan pegawai, bidang tugas dan skop yang semakin bertambah.
Menurutnya, kementerian sedar pegawai kerja sosial perubatan memainkan peranan penting bagi membantu para pesakit menyesuaikan diri dengan keadaan baru akibat penyakit yang dialami.
"Profesion pegawai kerja sosial perubatan sedang mengalami perkembangan positif dan kini kira-kira 200 pegawai yang bekerja di beberapa buah hospital.
"Ini menggambarkan bahawa profesion itu turut membantu kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik," katanya pada majlis Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Ke-13 di sini hari ini.
Rosnah yang turut melancarkan buku garis panduan laporan sosio ekonomi perkhidmatan kerja sosial perubatan berkata, sejajar dengan itu pegawai kerja sosial perubatan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.
Katanya, peningkatan ilmu serta kemahiran dalam membuat penilaian sosio ekonomi di kalangan pegawai kerja sosial perlu bagi menangani masalah sosial yang dihadapi pesakit.
"Kemahiran ini penting bagi memastikan pesakit yang dirujuk mendapat perkhidmatan sewajarnya. Lagi pun akhir-akhir ini kos perubatan semakin meningkat ekoran krisis ekonomi global," katanya.
Katanya, pegawai kerja sosial bukan saja membantu pesakit miskin, malah turut membantu kementerian mengurangkan kos bantuan pesakit dengan menjana dana menerusi pelbagai aktiviti.
Pada majlis itu Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail dan Hospital Batu Pahat menyerahkan sumbangan hasil keuntungan daripada kedai runcit yang terdapat di hospital masing-masing.


Perasmian oleh Timbalan Menteri Kesihatan



Friday, May 15, 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Mahkamah Jalan Duta

Pada 4 Mac 2009 jam 9.00 pagi saya dan pelajar-pelajar Sarjana Kerja Sosial Perubatan Tahun 2 dan Tahun 1 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan dipandu oleh pensyarah kursus perundangan sosial iaitu Prof. Madya Zaidah. Semasa program ini kami berpeluang megikuti perbicaraan di Mahkamah Majistret berkaitan kes-kes jenayah sivil.

Thursday, May 14, 2009

Continous Medical Social Work Education di JKSP PPUKM

Pada 14hb Mei 2009 jam 2.30 petang saya telah menghadiri Program Continous Medical Social Work Education di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada sesi kali ini En Syamsul, PKSP telah membentangkan kes yang mengidap penyakin Hodgkin Lympoma yang dirujuk ke JKSP untuk bantuan sosial. Pada program ini, majlis perpisahan telah diadakan kepada saya dan Munawarah sempena tamatnya latihan posting saya di JKSP, PPUKM. Sekalung penghargaan kepada Pn. Suraiyah Harun dan semua PKSP yang telah membantu saya selama ini semasa saya posting di JKSP, PPUKM.