Monday, December 28, 2015

Catatan Pengalaman Pengembaraan di Dubai dan Abu Dhabi, UAE

Pada 20 Disember hingga 24 Disember 2015 saya telah berpeluang untuk mengikuti Program Lawatan Ke Dubai dan Abu Dhabi anjuran Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia. Seramai 8 orang ahli terdiri Sidek, Hasnah, Saya, Faishal, Yunus, Rozida, Yazil dan Norsyakirin mengikuti rombongan ini. Turut serta adalah 3 orang ahli bersekutu yang telah bersara iaitu Hj. Nordin, Pn. Lim dan Hj. Haron.


Disamping itu bersama kami adalah 12 orang ahli rombongan dari utara yg sama sama mengikuti pakej perlancungan bersama syarikat penyedia iaitu Syarikat Safir Travel yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad.
Rombongan kami berlepas menaiki pesawat Emirate Air pada jam 11.00 pagi 20.12.2015 di KLIA. Kami tiba di Dubai pada jam 2.00 petang.


Rombongan kami terus dibawa ke Hotel Penginapan di Hotel Monaco, Dubai. Selepas selesai urusan check in, pada sebelah malam kami telah dibawa untuk makan malam di atas bot cruise di selat Dubai yang dihiasi lampu2 yang sangat cantik. Kami dihidangkan dengan makanan buffet Arab dan diserikan dengan tarian berpusing oleh penari khas yang juga dihiasi bajunya dengan lampu lampu yang sangat cantik.









Kami amat kagum dengan hiasan lampu lampu yang pelbagai jenis dan warna pada kapal2 cruise di Dubai Creek. Ianya jauh berbeza dengan yang ada di Melaka River Cruise daripada segi keluasan sungai dan kapal2 yang membawa para pelancung.

Pada waktu subuh saya dan teman sebilik Hj Nordin telah bangun awal dan dapat berjemaah subuh di Masjid Abu Zahid. Sepanjang pemerhatian saya, jemaah disini adalah jumlah lebih kurang 4 saf yang kebanyakannya bukan keturunan Arab. Tempoh penantian di antara azan dan solat subuh pula mengambil masa agak lama iaitu kira-kira 23 minit. Selesai solat saya dan hj norfin berjalan2 disekitar bandar berdekatan hotel kami. Selesai solat saya dan hj norfin berjalan2 disekitar bandar berdekatan hotel kami.


Pada hari kedua 21.12.2015, rombongan kami telah dibawa melawat Muzium Dubai yang nenempatkan replika kehidupan masyarakat Dubai dari tahun 1930 hingga sekarang. Disini kami berpeluang melihat perbezaan cara hidup dan pembangunan Dubai dari Zaman Tradisional ke Kehidupan moden masa kini yang dihiasi langskap bangunan pencakar langit.


Penemuan telaga minyak di UAE merupakan pencetus pembangunan Dubai dan Abu Dhabi. Dianggarkan simpanan minyak di UAE masih berjumlah 100 tahun lagi. Dengan hasil jualan minyak ini apa sahaja pembangunan dapat dilaksanakan oleh pemerintah UAE yang terdiri dari adik beradik Sultan Muhamad. Baginya duit tiada menjadi masalah untuk merealisasikan impian pemodenan Dubai dan Abu Dhabi.





Selepas itu rombongan kami berpeluang menaiki bot menyusuri selat Dubai untuk pergi membeli cenderahati di kedai2 cenderamata yang terletak di situ. Kawasan membeli belah ini juga terdapat banyak kedai2 menjual emas. Bagaimanapun harga cenderamata disini agak mahal. Key chain cenderamata sahaja berharga di antara 15 dirham hingga 25 dirham. Kami hanya diberi peluang membeli belah dalam 1 jam sahaja.


Pada jam 12.00 kami telah kembali ke hotel penginapan. Saya dan Hj. Nordin makan tengahari Nasi Arab berharga RM30 dirham sepinggan di Restauran Tawasol bersebelahan hotel penginapan..


Pada pukul 3.00 petang, kami telah dibawa menaiki kenderaan Landcruiser untuk merasai pengalaman pemanduan mencabar sepanjang perjalanan di Dessert Safari.  Kami amat teruja bilamana kenderaan yang dinaiki seolah olah akan terbalik bila melalui lereng curam bukit2 di Padang Pasir. Selepas melalui perjalanan selama 1 jam, rombongan kami sampai ke sebuah kem di tengah2 padang pasir untuk jamuan makan malam. Arabian style. Sambil menikmati makan malam kami telah dihidangkan dengan tarian tradisional arab dan tarian gelek padang pasir. Kami selesai di kem ini pada pukul 10.00 malam.








Hari ketiga, 22.12.2015, rombongan kami dibawa melawat ke Abu Dhabi. Lawatan ini merupakan lawatan kerja ke Kedutaan Malaysia dan sebuah rumah asuhan untuk anak anak kurang upaya di Abu Dhabi. Perjalanan dari Dubai ke Abu Dhabi mengambil masa lebih kurang satu jam.


Abu Dhabi adalah ibu negara UAE. Sheikh yang menjaga bandar ini mempunyai cita2 menjadikan bandar ini sebuah bandar hijau. Oleh kerana itu, dengan teknologi yang ada beliau telah berjaya menanam pokok2 hingga bandar ini lebih hijau dari bandar Dubai. Dikhabarkan juga hasil pendapatan minyak dan pelaburan rakyat asing di UAE lebih banyak disalurkan ke Abu Dhabi sebagai Ibu Negara. Di sini banyak rekaan2 bangunan yang pelbagai bentuk hasil rekaan arkitek2 terkenal seluruh dunia. Rumah2 di sini juga banyak terdiri dari banglo2 mewah kepunyaan warga Arab tempatan. Kemewahan pendapatan yang diperolehi telah dikongsi bersama rakyatnya yang hanya terdiri dari 10% dari populasi Dubai dan Abu Dhabi. Setiap rakyat tempatan yang berkahwin akan diberi insentif sebanyak RM25,000 dirham dan sebuah rumah banglo dengan syarat mereka berkhawin dengan wanita rakyat tempatan juga.


Rombongan persatuan telah dibawa ke Pejabat Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi. Layanan yang diterima amat baik kerana kebetulan Pegawai kedutaan di situ adalah suami kepada PKSP di Hospital Serdang iaitu Pn. Syakila. Semasa di kedutaan Malaysia, seorang ahli rombongan iaitu Pn. Lim, secara tidak sengaja telah berjumpa dengan bekas Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Pulau Pinang yang kini menjadi Timbalan Duta Malaysia di Abu Dhabi.






Rombongan kami kemudiannya melawat institusi latihan bagi kanak-kanak kurang upaya bernama Star For Special Disabiliti yang terletak bersebelahan dengan Kedutaan malaysia di Abu Dhabi. Pusat latihan ini adalah kendalian swasta bagi kanak-kanak yang dirujuk oleh doktor tau pemohonan sendiri dari ibu bapa kanak-kanak tersebut. Kami telah diberi taklimat oleh seorang Fisioterapi berkenaan perkhidmatan di sini.










Selesai program di kedutaan dan institusi OKU, rombongan kami dibawa melawat ke Masjid Sheikh Abu Zahid di Abu Dhabi yang merupakan Masjid Terindah di Abu Dhabi. Masjid ini mencipta beberapa rekod Gunniest Book of Record antaranya karpet terluas dan lampu kristal terbesar. Kami juga sempat bersolat zohor di masjid berkenaan.









Rombongan persatuan kemudiannya melawat ke Ferari World Thema Park di Yas Island, Abu Dhabi. Cuma agak terkilan kerana tidak dapat masuk ke thema park tersebut kerana masa hanya dihadkan 45 minit sahaja. Ini kerana rombongan persatuan dijemput untuk makan malam di Rumah Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi.


Kami amat bertuah kerana Pegawai Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi sanggup menerima kami untuk jamuan makan malam di rumahnya. Makanan arab menjadi menu utama tidak lupa juga Sup Utara yang dimasak sendiri oleh pasangan suami isteri. Terima kasih kepada Puan Kila sekeluarga atas layanan yang baik terhadap kami.



Hari keempat lawatan 23.12.2015 merupakan hari yang padat dengan aktiviti. Pada hari ini, rombongan kami telah dibawa melawat ke penempatan penduduk terpadat di dunia dengan apartment2 pencakar langit dalam satu kawasan.


Kemudian kami dibawa pula melawat ke penempatan Sham As Sharif yang merupakan penempatan termahal di Dubai berbentuk Plam yang didiami oleh ramai selebriti seluruh dunia.


Selepas itu kami dibawa melawat pula ke pemandangan berhampiran Burj Dubai yang merupakan Hotel termahal di dunia. Dikhabarkan setiap unit bilik hotel mengandungi 2 tingkat yang dihubungkan dengan lif bertahtah emas antara dua tingkat tersebut.


Selepas itu kami dibawa pula melawat ke Dubai Miracle Garden yang merupakan Kebun Bunga Terbesar Didunia dengan pelbagai jenis bunga dan bentuk hiasan. Kami sangat teruja kerana Dubai mampu mengadakan kebun bunga ini walaupun dipersekitaran cuaca yang ekstrim dan tiada hujan.







Kemudian kami dibawa pula melawat ke Dubai Mall yang merupakan shopping kompleks terbesar di dunia. Di sini juga terletaknya Burj Khalifah yang merupakan Bangunan Kedua Tertinggi di Dunia. Kami berpeluang untuk menaiki Burj Khalifah ini hingga ke tingkat ke 125 dengan menggunakan Lif terpantas di dunia, hanya satu minit diperlukan untuk sampai ke tingkat ke 125. Dari tingkat ini, kami dapat melihat pemandangan sekitar Dubai secara keseluruhannya.







Pada sebelah magrib, kami berpeluang melihat keindahan alunan air pancutan berhampiran Dubai Mall yang menari mengikut rentak alunan lagu yang dimainkan. Sungguh mengasyikan.





Hari kelima dan terakhir di Dubai merupakan hari untuk membuat persiapan untuk kembali ke Malaysia dan kami perlu chek out sebelum pukul 12.00 tengahari dan bas akan berlepas dari hotel jam 5.00 petang manakala Flight dijangka berlepas pada pukul 9.55 malam.

Sementara menunggu bas berlepas, saya bersama Faishal, Yunus, Yazil dan Datuk Hasnah telah mengambil masa terluang tersebut untuk mengunjungi Butik The Hard Rock Cafe yang terletak di Pusat Membeli Belah Festival City Dubai dan membeli beberapa baju sebagai tanda kenangan.








Rombongan kami menaiki flight balik ke Malaysia pada jam 9.55 malam dan sampai di Malaysia pada jam 8.55 pagi. Alhamdullilah perjalanan kali ini dipermudahkan dan banyak pengalaman diperolehi sebagai motivasi diri ke arah nergara maju 2020.